LELAKI berusia 33 tahun, yang menunjukkan video lucah kepada anak perempuan kandung berusia empat tahun sebelum mencabul kehormatannya, telah dikenakan hukuman 15 tahun penjara dan 15 sebatan semalam.
Lelaki itu, yang hidup berasingan daripada isteri dan anaknya, melakukan kesalahan seksual itu apabila anak tersebut bermalam di rumahnya antara Mac-Mei 2015, Mahkamah Tinggi diberitahu.





