SESI vaksinasi Covid-19 Singapura kini dibuka buat semua warga emas dan akan diperluaskan kepada golongan lebih berisiko tinggi dan pekerja sektor penting termasuk guru, posmen dan pekerja asing.
Dalam kenyataannya pada Isnin (8 Mac), Kementerian Kesihatan (MOH) menjelaskan ini mampu dilakukan kerana lebih banyak bekalan vaksin sudah tiba.





