MEMANFAATKAN rangkaian sokongan dan menyelaraskan bantuan yang lebih tersusun antara badan-badan Melayu/Islam di sini merupakan antara cara untuk memberi sokongan kepada mereka yang mempunyai anggota keluarga yang dipenjara akibat kesalahan dadah.
Demikian menurut Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim semasa satu sesi pemberian cek kepada para penerima Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF)...





