CUKAI jalan raya bagi kenderaan elektrik pasaran umum akan direndahkan supaya setara dengan jenis model kereta lain yang menggunakan enjin bahan api, bermula tahun depan, mengurangkan satu lagi adangan dalam usaha menggalak penduduk di sini menggunakan kenderaan lebih bersih.
Bercakap di parlimen semalam, Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung berkata cukai jalan raya bagi kereta elektrik telah diturunkan sehingga 40 peratus...





