SARANAN yang diberikan Panel Penasihat Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) sedang diteliti dan akan dikongsi dengan orang ramai dalam beberapa bulan akan datang.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata demikian dalam responnya kepada Anggota Parlimen Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) yang telah meminta kemas kini tentang WMS.





