LONDON: Jika Gareth Bale sihat sepenuhnya, beliau boleh menyertai mana-mana kelab di dunia, kata pengurus Tottenham Hotspurs Jose Mourinho selepas kemenangan 4-0 ke atas Burnley malam kelmarin.
Hanya beberapa minggu yang lalu, peluang pemain berusia 31 tahun - yang dipinjamkan dari Real Madrid - beraksi untuk Tottenham semula semakin tipis.





