MESKI sekitaran ekonomi mencabar akibat pandemik Covid-19, lebih daripada sembilan dalam 10 siswazah baru daripada kohort 2020, dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mendapat pekerjaan dalam masa enam bulan selepas tamat peperiksaan akhir mereka.
Kohort ini juga meraih gaji lebih tinggi dengan mereka yang lulus daripada jurusan perubatan, akauntan dan perniagaan, sains komputer, kejuruteraan komputer dan kejuruteraan aeroangkasa, meraih gaji tertinggi.





