EMPAT wad di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) telah ditutup menyusuli pengesanan kelompok dengan 13 kes di situ.
Singapura menjangkakan akan mengesan lebih banyak kes Covid-19 berkaitan dengan kelompok ini dalam beberapa hari mendatang dengan kemungkinan mengambil langkah lebih ketat jika jangkitannya lebih meluas, kata Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, pada Jumaat (30 April).





