SEMUA tempat awam yang dikunjungi kes Covid-19 yang merupakan sebahagian kelompok jangkitan masyarakat di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) sewaktu tempoh mudah menjangkiti akan ditutup selama dua hari bagi kerja pembersihan.
Langkah ini diambil bagi mengurangkan merebaknya koronavirus daripada kes yang tidak dikesan dalam masyarakat, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (30 April).





