Tempias pandemik Covid-19 pada dunia perfileman Hollywood cukup terasa apabila pawagam ditutup lama, tayangan filem pecah panggung tertunda dan industri filem menjadi hambar tiba-tiba. Penonton juga mula malas melangkahkan kaki ke pawagam dek pelbagai keresahan melanggar perintah jarak selamat. Perhatian dialihkan pada wadah penstriman dari Netflix, Amazon Prime, Disney+ hingga HBO Go. Perkembangan itu juga membawa pada trend lebih ramai...





