TABUNG Amal Aidilfitri (TAA) terus bergantung kepada platform digital untuk mengumpulkan dana yang sangat diperlukan pada tahun ini dengan menjadikan TAA.sg sebagai titik fokus utama untuk semua jangkauan.
Perubahan ke arah digital mula dirancang pada 2017 apabila bekas ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA, Encik Muhammad Harmizan Abdul Hamid, melihat keperluan TAA untuk memulakan transformasi digital sebagai persediaan masa hadapan.





