DUA belia penggiat e-sukan, Amraan Gani dan Muhammad Syakir dipilih mewakili Singapura dalam perlawanan e-sukan antarabangsa, FIFA eNations series 2021, sebagai sebahagian inisiatif sejagat antara jenama global hiburan interaktif digital EA Sports dan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).
Perlawanan ini akan menyaksikan penglibatan wakil daripada sejumlah 60 negara yang mengambil bahagian dan beradu kemahiran dalam permainan video terkenal, FIFA21.





