KIRIA TIKANAH ABDUL RAHMAN, pagi tadi, mencipta sejarah selepas beliau menjadi atlit lawan pedang nasional kedua dalam 48 jam untuk melayakkan diri ke Olimpik.
Mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) berusia 20 tahun itu menewaskan wakil Kazakhstan Ulyana Balaganskaya 15-13 dalam final acara epee wanita di Pertandingan Kelayakan Olimpik Asia-Oceania di Tashkent, Uzbekistan pada 26 April.





