PENGURUS dan anak pemilik Restoran Hajah Maimunah, Ismail Didih Ibrahim telah mengaku melontar botol mengandungi bahan api dengan sumbu kain yang dibakar ke rumah bekas isterinya tahun lalu lantas merosakkan hartanah itu.
Ismail, kini berusia 36 tahun, berbuat demikian untuk membalas dendam dan turut menyembur huruf "O$P$" pada hartanah itu, menyebabkan pegawai polis yang menyiasat kes tersebut menyangka perbuatan itu...





