PEMIMPIN Asean berhimpun di Jakarta semalam untuk membincangkan krisis di Myanmar, dalam mesyuarat secara fizikal pertama Asean sejak pandemik Covid-19.
Menyertai mesyuarat itu, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong (gambar atas, paling kiri) berkata Asean boleh memainkan peranan yang membina untuk membantu dalam proses mencari huraian di Myanmar.





