PRESIDEN Halimah Yacob melahirkan rasa gembira terhadap Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang telah bekerja rapat secara aktif dengan rakan kerja lain untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Dalam ucapannya sebelum berbuka puasa dalam talian bersama sekitar 110 individu termasuk pemimpin Melayu/Islam semalam, Puan Halimah berkata Muis dan rakan kongsinya seperti masjid-masjid serta Yayasan Rahmatan Lil Alamin atau RLAF, telah menganjurkan pelbagai...





