MENTERI Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Ehwal Luar), Encik Chee Hong Tat, akan menyertai gerakan buruh dan melepaskan jawatannya di Kementerian Ehwal Luar.
Beliau akan menggantikan Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon, yang kini Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), dalam perubahan yang akan berkuat kuasa pada 15 Mei.





