WASHINGTON: Amerika Syarikat akan mencabar negara-negara yang menghalang usaha dunia untuk memerangi perubahan iklim, kata Setiausaha Negara Antony Blinken kelmarin, dalam satu ucapan yang menjanjikan kepimpinan negara itu berkaitan iklim.
Washington akan menegur negara yang terlalu bergantung pada arang batu atau melabur dalam kilang baru arang batu, atau membenarkan penebangan hutan secara besar-besaran, kata Encik Blinken, yang berjanji bahawa Amerika...





