LEBIH 2,700 lokasi yang mempunyai jumlah pengunjung tinggi, termasuk pusat beli-belah, pasar raya dan hospital, telah dilengkapkan dengan sistem SafeEntry baru.
Dengan pelaksanaan Kotak Pintu Masuk SafeEntry (SafeEntry Gateway Box) ini, pengunjung boleh menggunakan aplikasi atau token TraceTogether dan menyentuh alat itu pada kotak pintu masuk, yang saiznya lebih besar sedikit daripada telefon bimbit, untuk mendaftar masuk.





