SATU dalam 10 warga emas berusia 60 tahun ke atas dijangka dilanda demensia.
Bagi menyokong mereka, Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) Singapura telah bekerjasama dengan agensi kerjasama bagi membangun kumpulan kemasyarakatan yang dapat mendekati orang ramai dalam menyediakan maklumat tentang demensia dan menawarkan sokongan emosi.





