WELLINGTON: New Zealand akan menghentikan eksport ternakan menerusi laut menyusuli tempoh peralihan sehingga dua tahun, umum Menteri Pertanian Damien O'Connor, semalam.
"Keputusan ini adalah disebabkan dukungan kami ke atas reputasi New Zealand dalam mengekalkan piawaian yang tinggi bagi kebajikan binatang. Kami mesti terus kekal di depan kerana soal kebajikan binatang semakin mendapat perhatian rapi," kata Encik O'Connor.





