SERAMAI 160 keluarga berpendapatan rendah di Bukit Batok menerima habuan dalam bentuk baucar pasar raya, beras dan kurma sedang mereka bersiap sedia untuk menyambut Ramadan yang bakal bermula malam Isnin (12 April).
Pengagihan Habuan Ramadan itu dianjurkan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat (CC) Bukit Batok dengan kerjasama Persatuan Muhammadiyah di Hab Sukan Bukit Batok pada Ahad (11 April).





