MUSLIM di Singapura mula membuat tempahan bagi mendirikan solat tarawih bulan Ramadan ini, mulai 9 malam ini (Sabtu, 10 April).
Majlis Ugama Islam Singapura dalam kenyataannya pada 8 April lalu berkata proses tempahan itu akan dilakukan secara bertahap berdasarkan tiga jadual atau tempoh tempahan.





