MANCHESTER: Pendahulu Liga Perdana England (EPL) Manchester City telah melaporkan kerugian £126 juta ($233 juta) bagi musim 2019-20 yang telah diganggu pandemik koronavirus.
Kelab itu melaporkan pendapatan kurang 11 peratus iaitu £478.4 juta kelmarin, tetapi jumlah itu tidak termasuk pendapatan hasil penjualan pemain, termasuk wang yang diperoleh selepas menjual Leroy Sane kepada Bayern Munich.





