BEBERAPA stesen MRT di Laluan North East (NEL) akan ditutup lebih awal pada beberapa hari Jumaat dan Sabtu pada April dan Mei ini, bermula minggu depan (9 dan 10 April).
Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja dilakukan untuk mengganti insulator di Sistem Katenari Overhed (OCS), yang membekalkan kuasa kepada kereta api, kata pengendali pengangkutan awam SBS Transit pada Jumaat (2 April).





