JAKARTA: WANITA 25 tahun yang menyerang ibu pejabat polis di Jakarta pada Rabu (31 Mac) datang daripada keluarga yang tidak menunjukkan kecenderungan kepada fahaman ekstremis.
Pakar isu pengganasan mengesahkan dia merupakan seorang pelajar kolej tercicir dan anak bongsu dalam tiga beradik yang menjadi radikal secara sendiri. Bapanya pekerja kolar biru manakala ibunya mengendalikan projek masyarakat yang ditaja pemerintah.





