SEBAGAI antara penyiar radio yang bermula dengan gelaran "juruhebah" yang mempunyai 37 tahun pengalaman, deejay Warna 942 Noreha Bajuri telah melihat revolusi dunia media yang berubah pesat.
Beliau melalui zaman kena "pikul" mesin rakaman Nagra dan pita Open Reel Tape yang seberat bagasi beg baju untuk membuat rakaman suara-suara personaliti yang diinterviu di luar konti (bilik siaran) di Caldecott Hill.





