PELANCARAN hidangan set 'BTS Meal' dari restoran makanan segera Mcdonald's yang bekerjasama dengan kumpulan K-Pop BTS telah ditangguh sekitar sebulan selepas bilangan kes Covid-19 dalam masyarakat bertambah sejak beberapa minggu lalu.
Hidangan itu awalnya dijadualkan dilancar semalam, tetapi tarikhnya telah dianjak kepada 21 Jun.





