PETALING JAYA: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, seorang pemimpin kanan Umno, pada Rabu (26 Mei) telah diberhentikan daripada jawatannya sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Ini berlaku selepas beliau dikecam di media sosial kerana kelakuannya di sidang media yang diadakan selepas dua kereta api LRT bertembung di laluan Kelana Jaya pada Isnin (24 Mei) lalu.





