MEDAN: Empat orang ditangkap di Indonesia kerana didakwa mencuri vaksin Covid-19 yang dikhususkan buat banduan serta menjualnya kepada orang awam, kata pihak berkuasa Indonesia pada Selasa (25 Mei).
Mereka yang disyaki ini mengambil lebih daripada 1,000 dos suntikan Sinovac (China) daripada kuota banduan. Vaksin tersebut kemudian ditawarkan kepada pembeli di ibu kota Jakarta dan kota Medan dengan harga 250,000 rupian...





