UNIVERSITI-UNIVERSITI berautonomi tempatan akan diberi kelonggaran untuk membenarkan kemasukan lebih ramai pelajar tahun ini disebabkan Covid-19, menurut Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.
Beliau memahami cabaran dihadapi para pelajar yang ingin belajar di universiti luar negara tetapi terjejas ekoran Covid-19.





