PENDUDUK yang telah menjalani ujian swab harus cuba untuk terus duduk di rumah sehingga mereka terima hasil ujian tersebut.
Demikian menurut Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Desmond Tan berhubung blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Pasir Ris yang diminta menjalani ujian swab selepas empat kes Covid-19 dikesan dalam dua isi rumah berbeza di blok tersebut.





