MASJID Al-Muttaqin telah ditutup buat sementara waktu dan akan dibuka semula pada tengah hari Isnin (24 Mei) selepas masjid itu dikunjungi kes Covid-19 pada Jumaat, 14 Mei lalu. Dalam satu kenyataan pada Ahad (23 Mei), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata seorang individu yang diuji positif bagi virus berkenaan telah mengunjungi masjid tersebut pada 14 Mei antara 12.55 tengah hari...





