KERJASAMA antarabangsa dan pelbagai hala yang rapat penting dalam menentang dan memberi respons pada pandemik, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jumaat (21 Mei).
Menyampaikan pengamatannya secara maya di Sidang Puncak Kesihatan Sejagat Kumpulan 20 Negara (G-20) di Rome, Italy, Encik Lee berkata gelombang Covid-19 berulang di merata dunia secara jelas menunjukkan tiada negara yang selamat dalam pandemik ini...





