LEBIH dua juta individu atau lebih sepertiga daripada penduduk di Singapura sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung pada Jumaat (21 Mei).
Menerusi catatan Facebook, Encik Ong berkata ia merupakan satu perkembangan dengan penduduk setempat kini mempunyai perlindungan baik menentang virus tersebut.





