USIA pemuda warga Canada ini baru mencecah 23 tahun, namun banyak yang sudah dinikmatinya sebagai anak seni yang berjaya tetapi masih berpijak di bumi nyata.
Ali Gatie, penyanyi dan penggubah lagu keturunan Arab, yang ibu bapanya dilahirkan di Iraq, merupakan nama yang mula bermain di bibir ramai pengamat muzik carta antarabangsa.





