SELEPAS pengalaman melalui pemutus litar tahun lalu, mudirah Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Cik Khairiana Zainal Abiden, memutuskan agar setiap penggal diadakan pembelajaran di rumah (HBL) bagi menyesuaikan kedua-dua guru dan pelajar dengan kaedah pembelajaran sedemikian.
Justeru awal tahun ini, madrasah tersebut telah mengadakan sekali pembelajaran di rumah demi mempersiapkan pelajar dan guru sekiranya berlaku lagi keadaan di mana sekolah perlu ditutup...





