SISTEM Portal Pelajar (SLS) mula kembali normal setelah ia mengalami "kegenjotan" pagi semalam sedang pelajar sekolah rendah, menengah, maktab rendah dan Institut Millenia memulakan hari pertama pembelajaran di rumah (HBL).
Menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan semalam, pihaknya "mengerahkan sumber-sumber sistem tambahan" apabila mendapat tahu tentang kelengahan yang berlaku itu.





