SEKUMPULAN pelajar Politeknik Ngee Ann (NP) yang bertanggungjawab dalam satu insiden mengencingkan pelajar lain, telah dikenakan tindakan disiplin menyusuli satu siasatan.
Dalam satu e-mel yang dihantar kepada para pelajarnya kelmarin, NP berkata siasatan disiplin yang telah dijalankan dari 19 hingga 21 April, mendapati 28 pelajar terlibat dalam insiden tersebut.





