BEBERAPA kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 mempunyai tanda jangkitan yang ringan tetapi tiada yang sakit teruk, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing pada Ahad (16 Mei).
Sungguhpun begitu, keadaannya amat merisaukan kerana strain baru koronavirus kini lebih mudah menjangkiti dan nampaknya lebih menyerang kanak-kanak lebih kecil, tambahnya.





