WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, pada Sabtu (15 Mei) menyarankan pemimpin dunia dan firma teknologi yang mahu membasmi keganasan ekstrim dalam talian perlu menumpukan usaha dalam memahami algoritma media sosial.
Cik Ardern bercakap demikian pada sidang kemuncak maya sempena ulang tahun kedua inisiatif global untuk menamatkan kebencian dalam talian yang dikenali sebagai Christchurch Call.





