PERKHIDMATAN Penjara Singapura (SPS) telah memperketat langkah berjaga-jaga termasuk menghentikan kunjungan keluarga banduan ke penjara, sesi kaunseling dan janji temu hospital yang tidak kritikal menyusuli pengesahan seorang cef di dapur Kompleks Penjara Changi (CPC) dijangkiti Covid-19 pada Jumaat (14 Mei).
Dalam satu kenyataannya pada Sabtu (15 Mei), SPS mengesahkan cef yang bertugas secara kontrak di dapur penjara sekitar Institusi A5...





