HUBUNGAN antara pemerintah dengan bilik berita tidak seharusnya terjejas walaupun sedang Singapore Press Holdings (SPH) Ltd menyusun semula perniagaan medianya menjadi sebuah model yang boleh menerima pembiayaan pemerintah, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran.
Dalam Kenyataan Menteri yang disampaikannya semalam, beliau berkata pemerintah tidak berniat atau menjangkakan langkah memindahkan perniagaan media syarikat itu ke sebuah syarikat berhad dengan jaminan...






