JUMLAH Pertubuhan Faedah Bersama Melayu/Islam (MMBO) di Singapura semakin berkurangan, dengan 22 pertubuhan sahaja yang masih hidup, berbanding 124 yang aktif pada tahun-tahun 70-an dan 80-an dahulu.
Menyedari keadaan itu dan demi memastikan kerja kebajikan dan usaha murni penggerak dan peranan badan-badan ini tidak dilupakan, sekumpulan karyawan muda telah memulakan satu usaha melestarikan beberapa badan ini menerusi projek 'Khairat Kita'...






