USAHA menjalankan projek 'Khairat Kita' adalah untuk mendokumentasikan beberapa Pertubuhan Faedah Bersama Melayu/Islam terakhir yang memberikan bantuan dan pertolongan kepada keluarga ahli yang meninggal dunia.
Badan-badan khairat kematian Melayu/Islam ini adalah badan sukarelawan yang telah memimpin masyarakat berdasarkan tradisi berabad-abad iaitu prinsip tolong menolong.






