SEJAK tahun lalu, Cik Cherize Zaidi mula menjalankan perniagaan kecil dalam talian sebagai satu hobi dengan menjual jahitan 'crochet' yang dibuatnya sendiri pada masa lapang.
Meski menceburi bidang baru itu, beliau tidak lupa akan pelajarannya dan berkat ketekunannya itu berjaya meraih keputusan akademik cemerlang.





