BUKU tulisan mantan Mufti, Dr Mohamed Fatris Bakaram, baru-baru ini dilancarkan untuk menyokong usaha mengumpul dana bagi peningkatan Masjid Darul Makmur.
Bertajuk 'Saat Cakerawala Bersujud', buku itu berdasarkan kuliah tafsir Surah Yusuf yang pernah disampaikan oleh Dr Fatris di masjid di Yishun itu.





