WASHINGTON: Dunia bakal melihat individu yang didakwa merancang pengeboman Oktober 2002 di Kuta, Bali, yang membunuh 202 orang, di samping serangan pada 2003 ke atas hotel JW Marriot dan Ritz Carlton di Jakarta yang membunuh 11 orang.
Riduan Isamuddin, juga dikenali sebagai Hambali, dan dua rakannya, akan menghadapi pengadilan rasmi di depan satu suruhanjaya tentera Amerika Syarikat di Teluk Guantanamo...





