SURFSIDE (FLORIDA): Siasatan yang bertujuan mencari sebab kejadian bangunan runtuh yang mungkin paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat baru sahaja bermula.
Namun, pakar yang memeriksa rakaman video kejadian itu dari luar Miami kini tertumpu kepada bahagian paling bawah kompleks kondominium tersebut, mungkin di tempat meletak kereta bawah tanah atau di bawahnya, di mana satu kegagalan awal boleh menyebabkan keruntuhan struktur...





