PEMERGIAN pelawak Alias Kadir sekitar 7.53 pagi semalam meninggalkan kesan mendalam buat sebilangan anak seni mahupun penonton yang kagum dengan kespontanan dan terkesan dek budi baiknya.
Allahyarham yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-58 pada 18 Jun lalu di Hospital Universiti Nasional (NUH) mengalami pendarahan dalaman selepas lebih sebulan dirawat kerana komplikasi penyakit menyusuli kaki kanannya dipotong akibat kencing manis....





